Nabihah Amira

Nabihah

Hai Welcome Here


" call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ "

We can chatting here


Read here for more
Just an Update *i'm still alive uhuk*
5 Things You Need to Know About Sains Citra UKM
Living My 2 Decades of Life
Life in UKM after a semester
Pengalaman interview Sarjana Muda Sains Citra UKM ...
Midnight tought
Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story




Bengkel Video Resume by SC Consultant
Rabu, 3 Jun 2020 | 9:01 PTG | 0Comment

Hi Assalamualaikum semuaa! harini miraa nak share satu bengkel/workshop yang sesuai buat mereka yang sedang runsing nak interview atau nak buat video resume untuk masuk universiti atau pekerjaan  :D Kemudian ditambah lagi dengan sekarang musim PKP, nak buat temuduga bersemuka pulak terjejas. Maka melalui video resume lah cara yang paling banyak diguna pakai untuk kemasukan pelajar/pekerja baru. Sebelum tu, apa itu video resume? Video resume ni adalah satu cara untuk kita mempromosi atau menjual kelebihan diri kita pada sesebuah institusi/syarikat. Alaa lebih kurang macam resume untuk kita minta kerja tapi melalui video je.

Miraa faham sangat yang nowadays pelajar dan graduan yang baru graduate memerlukan video resume untuk sesetengah syarat kemasukan ke universiti atau syarikat untuk korang diterima masuk dalam institusi tu. Mesti buntu kan ''nak masukkan apa lah yang penting dalam video aku ni. Takut banyak merepek tertido pulak hurmmmm''. Kemudian dengan bajunya nak pakai  macamana, muka siap tak siap, nak record kat mana pulak niii, skill nak edit video pulak masalahnya hadehhh berat sungguh lah teknologi sekarang. HHAHAAH sumpah gais i feel you. 


Apa yang bestnya bengkel ini? Dalam workshop ni, team SC Consultant akan membantu anda dengan membuat perkongsian berkaitan tips dalam video resume, simple editing daripada produksi yang sedang membangun iaitu HHZ Production dan Muhaz Studio serta 'sharing session' daripada pelajar-pelajar Sains Citra,UKM! Selain itu, kita juga ada Syarul Amin (Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Selangor) sebagai host workshop ni.


Workshop ni akan diadakan pada 7/6/2020(Ahad) melalui aplikasi Zoom Meeting. Jadinya korang tak payah nak beria melawa ya semua dihujung jari bukak je aplikasi Zoom sambil meniarap kuak lentang atas katil pun boleh bukak hahhahagsgha. Korang boleh tekan SINI  untuk mendaftar. Jangan risau, workshop ni percuma je takde cas tersembunyi atau promote bukan-bukan. Niat bengkel ini dibuat memang untuk membantu orang di luar sana untuk memantapkan skill mereka. Ilmu kan? kejarlah selagi boleh :) Untung anda sebab dapat ilmu yang diluar buku teks dan bilik darjah. *hek ingat darjah berapa panggil bilik darjah?* For any inquiries, korang boleh follow ig sc_consultant dan like FB Page Sharing Community Consultant untuk apa-apa pertanyaan :)

Okay, thats all from me hehe. Again, jangan lupa tau daftar kat link tadi. Ahad ni jam 10 pagi ;) Jumpa korang kat Zoom! (id dan password meeting akan diberikan setelah anda mendaftar). See ya in the next post!

Label: , , , , , ,