Nabihah Amira

Nabihah

Hai Welcome Here


" call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ "

We can chatting here


Read here for more
Life in UKM after a semester
Pengalaman interview Sarjana Muda Sains Citra UKM ...
Midnight tought
Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story
mana arah tuju lepas PT3 ?
PT3 already over
Selamat Hari Raya




Living My 2 Decades of Life
Jumaat, 3 Januari 2020 | 1:47 PG | 0Comment

Hi, Assalamualaikum all! Dah masuk 2020 semorangg uwaoo . * Ya gais mira dah bernafas selama 2 dekad* umur dah masuk 20's :') Oh zaman kanak-kanakku yang indah~ 

Sebab dah masuk a new life phase dalam hidup ni, jomlah kita tengok apa achievement yang miraa dah berjaya capai selama hidup ni * ecee ACAH SIOT PUIH

1. Berjaya Hadapi 11 Tahun Zaman Sekolah

Mungkin kedengaran agak keterlaluan hshssh tapi itulah hakikatnya. 11 tahun berpakaian uniform sekolah pastu kena bangun awal pulak tu * although merasa lah jugak pakai baju lain dari pelajar biasa kan ehem :p *. Tapi zaman ni adalah salah satu zaman yang miraa tak boleh lupa. Siapa je lupa kan? Semua cakap zaman sekolah diorang best. Mine is okay. Nak cakap best tu best lah tapi taklah best sangat gahahaha. Mungkin sebab terlalu nerd dulu so masa miraa terlalu banyak habis untuk belajar *sebenarnya main pun banyak jugak* ** EH kau nak cakap apa ni ?! * 

But i remember during my school life, i was an introvert. Pemalu ya ampunn. Kawan pun tak ramai. Korang takut ke kawan dengan aku?! Baran pun ya sebab masatu kan baru nak membesar. Baca buku memanjang tu yang umur baru 8 tahun dah rabun! Tapi memang jujur member masatu tak ramai lah hahahahahha. kawan ramai, kawan rapat tak. Dia macam kau ada tak effect, kau takda pun tak pe *jap nak brain*


Zaman sekolah miraa biasa je. Banyak benda jadi ala biasalah tu zaman kau baru nak up tudung kelepet, skaf kedepan konon kaulah budak paling cool kat sekolah " i dengan sukacita menafikan ini". Zaman kau mula mata bertentang mata duk menggeletis tengok senior form 5 masa umur kau baru 14 pastu crush gila kat dia *sekarang dah selamat kahwin dengan orang lain dah pun* hshshshsh weh rasa kelakarnya seketul Nabihah Amira ni lol. Zaman heartbreak bila bercinta monyet. K jujur miraa merasa mendalah ni dua kali je gaisss masa sekolah *KAN DAH CAKAP MIRA NERD SIOT* HAHHAHAHA . Miraa bercinta dua kali je gais. Bukan tak laku, tapi sis jual mahal lol. *i remember how was WeChat was so 'in trend' back then* 


Nak kata ada kawan ramai tu kenal ramai. Tapi nak tahu kawan yang betul kawan bawak sampai besar ni hm susahnya. And for that i'm so thankful for those who stay. But still, i miss my high school life. Gila tak rindu cikgu-cikgu ingat kau lagi nokkk gahahahha. Time form 4 & form 5 lah kau merasa betapa function nya kau dalam organisasi sekolah ni HAHAHAHAHHA 

me when i was 12

2. Zaman Matrikulasi yang Penuh Emosi 

Zaman ni macam half bright, half dark jugak lah bagi miraa. *background lagu Frozen 'Into The Unknown'* Benda ni berlaku sebab at first kau datang ke dunia baru yang kau datang sekali setiap 5 tahun *over syal* Miraa jarang pergi negeri belah atas Selangor ni. Selama ni balik kampung ke Johor tu jela dah makpak kau Bangsa Lanun sana hhshshs. So bila dapat tawaran sambung Matriks Pahang *tak mintak k masuk Pahang* dia macam satu batu yang gedebuk jatuh kat kepala. UPU pulak masa tu dapat kat UiTM Penang sana ah sudahh otak jadi tak function jap masatu. Imagine seketul budak kecik yang tak pernah duduk asrama tak balik sebulan dua kat rumah? Wau masa belajar kat sini rasa macam dewasa sangat ecee :p 

me yang nampak student angat ehek 

Masa ni mental macam bangang sikit sebab time ni macam-macam kena uji gais. Biasalah matriks ramai budak pandai. Masatu sumpah rasa insecure dengan semua orang. Rasa macam tak layak gila masuk sini and rasa macam baik sambung belajar kat Penang je cenni ambil Diploma*muka cebik*. Dengan homesick, pastu kena menghadap Madam Fizik kau yang satu kubikal tahu dia lecturer paling garang dalam matriks Pahang tu HAHAHA. * gais ini bukan penipuan dia memang garang masa mengajar. Tiap sem kelas yang dia ajar mesti dapat Top 3 subjek paling ramai student score*. Kesannya, miraa yang tak suka fizik dipaksa untuk suka fizik *nasib baik suka Alhamdullillahhhh - sujud syukur jap*, tapi jujur dia menguji mental nak hadap sebab dia suka attack mira * sebab saya ni lembab sikit uhuk :( * tiap kali kelas dia tanya formula, tanya maksud menatang itulah inilah. Math pulak susah yakmatttt * i never like Math eversince Year 1 lol * 

 i'm so innocent yikes 
last day of physic lab test :D

Then masatu lah diuji dengan 'kekasihku-menduakanku' pulak, makaih masa ni rasa macam emo gila apa dosaku ya Allahhh * drama #1 * pastu parents miraa datang Gambang gais bawak miraa keluar jalan-jalan Kuantan sebab risau :') Then dalam kelas kadang dengar lagu sendu meleleh TANPA DISEDARI ! HAHAHA *drama #2* bukan salah miraa ya ampunn hshshshshhs. But still, KMPh left a lot of good memories inside me. It left me with a lot of life lessons. Friendship is the most important lah of course. I miss 7M1S31. and roomates, and all the memories!

I remembered this one day masa last day of class buku chemist miraa tertinggal entah di mana. Kemain gais buat hebahan kat group WhatsApp HAHAHHAHA . Cuak siott dahla lagi berapa hari nak final ! End up ada seorang lelaki ni simpankan allahu dia buat drama pulak tu tak pasal miraa kena tunggu depan blok lelaki nak amik buku :') 

3. Zaman Menganggur Yang Function Gila

Wow tagline kau kemain melampau Miraa gahahahah. Okay gais, this one. Yang paling meninggalkan kesan mendalam dalam hidup miraa. Kenapa? zaman ni berlaku lepas mira habis matriks. Cadangnya, miraa nak rehat sampai bulan 5 je before cari kerja sementara tunggu tawaran masuk Universiti. Tapi, kita kan manusia *mira kan seketul manusia*, langit tak selalu cerah . Masa puasa ke-2, ayah miraa kena strok. Kau bayangkan ayah kau kena strok masa pukul 2/3 pagi tapi kau tahu masa nak sahur?! Puncanya sebab ayah tak bagi ibu kejutkan mira dengan adik-adik. Ayah memang tak boleh bangun masatu. Keadaan masatu sedih gila *siapa potong bawang niiii*

The hardship masa nak bawak ayah pergi hospital masatu. My dad was that typical dad figure *but more overweight*. Miraa and family pulak tinggal kat rumah flat dan takde lif. Imagine macamana nak bawak ayah turun? Call ambulans pun lambat sebab diorang on duty lain at that time. Ibu terpaksa panggil orang-orang lelaki kat bawah tolong papah ayah. Luckily masa dah sampai bawah, ambulans dah sampai. Sepanjang hari miraa menangis tunggu ayah kat emergency room. Ayah masatu macam lupa-lupa. Yea you right. Lepas buat CT Scan otak ayah ada pendarahan. I cried.again. How could'nt i? My dad bp was at 200+/100+ .

After ayah stabil, ayah pindah wad biasa. Macam biasa, duduk situ sampai tekanan rendah. I took care of him. Semua mira jaga. Makan, pakai, mandi- and things (u know-what) pun miraa buat. Dari tangan and kaki ayah zero power, kepada berkerusi roda, pakai tongkat, tak pakai tongkat semua miraa ada tengok and saksikan semua tu. It took about 4 months of recovery je OMG *nak nangis sebab terharu* yelah, i watch it all. I and my mom hilang rasa nak beraya sebab without ayah, it wasnt the same *me & mom duduk kampung jaga nenek & ayah in case ada orang datang beraya but end up nenek cirit-birit on dat day and we potong kelapa gais untuk nenek hshsh*. Also, berapa kali ayah nak terjatuh * and i got goosebumps everytime, sebab orang kena strok tak boleh jatuh* Reasons why? sebab ayah nak tengok mira masuk U masatu :) he try so hard to be able to walk again *lupa nak cakap dalam tempoh tu mira pergi dua interview nak masuk UKM and mira dapat*.

when my dad was at the rehabilitation hospital

Alhamdullillah, dia dapat berjalan without tongkat siap drive lagi gais during his rehabilitation at Hospital Rehabilitasi Cheras. And on my first day at UKM, my family managed to send me *walaupun Puchong-Bangi dekat je lol* and he even walked naik bukit *biasalah UKM kan banyak bukit :p* and also naik sampai bilik mira kat tingkat 4 gais (T_T) saya ulang, TINGKAT 4! nak nangis rasa sebab penat kot. Yang sihat ni pun mengah. Lagi ayah yang baru sihat tu pun apatah lagi mengah dia.

And during this period of time (recovery), mira rasa macam dapat depression. Idk, often rasa macam dah tak guna hidup and constantly rasa stress. I cried almost everyday. And still, i am thankful to those who's there in that moment to cheer me up and willingly listening to my inner toughts. You guys are the light that shines during the dark :)

4. Zaman Universiti Gila

Enough with sad stories, kita pindah pulak ke zaman sekarang. *HAHAHAHA BEZA SANGAT KE NOKKK ZAMAN KAU TU*  zaman sekarang ni dia macam dewasa sikit :p zaman ni mira kena hadap 4 tahun Insyaallah. Now i'm just at the first phase. Tapi rasa macam banyak gila yang mira dah rasa.
look at how smol i get cehh 

Kenapa gila? sebab kat U kau boleh jadi gila. Sejak masuk UKM, makin banyak kena hadap. Tapi dia macam imun sikit sebab kau dah hadap 'zaman menganggur' tadi kan*mata keatas*. So masuk sini dia kuat sikit ecee. Pulak tu dapat dekat pulak dengan rumah haa tak payah nak rasa homesick macam kat matriks dulu. So dia rilek tapi gila. Gila sebab masa ni kau experience constant keterbatasan kewangan. Sebab masa matriks dulu kemain seronok berjimba guna baki elaun, haaa amek kauuu. Nak masuk U, duit takde. Lagi pulak tak kerja ish ish


Lagi pulak tu, kau jadi kuat makan kat sini HAHAHHA wehh sumpah banyak mira makan kat UKM HAHHHAHA *ini petanda stress ni gais bukan bahagia*  Time ni keluar duit banyak kat program. And also the nafsu nak keluar UKM pergi ICM Putrajaya masyaallahhhh. Tapi the best part, kau belajar untuk urus masa dengan lebih baik. Sumpah aktif siot sejak masuk U ni. Tak macam kat matriks. Time ni kau merasa join sukan, teater, gamelan, aktiviti kelab, sukarelawan and many more! BEST SUMPAH TAK TIPU!

Tapi tulah, badan pun ikut bengong juga kejap naik kejap turun. Doakanlah terus turun tak naik dah hahahahahhahha


So that's all je la kot miraa nak share hehe. Thanks for your time! Banyak pulang budak ni membebel hehe xD See you on the next entry :)

xoxo,
Nabihah Amira




Label: , , , ,