Hai Welcome Here
![]() " call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ " We can chatting here
Read here for more
Midnight tought
Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story
mana arah tuju lepas PT3 ?
PT3 already over
Selamat Hari Raya
2 0 1 4
Last Day of school *sadness
|
Pengalaman interview Sarjana Muda Sains Citra UKM (SMSC)
Isnin, 15 Julai 2019 | 11:33 PTG | 6Comment
Assalamualaikum semua ! hehehe cuba teka berdasarkan tajuk miraa nak cakap pasal apa? * apa kau ni dah terang terang tulis kat atas tu hihh* Okay la fine . Haritu masa bulan puasa kecoh la around budak budak matriks, asasi , stpm yada yada pasal result temuduga universiti dah keluar . Miraa yang tahu miraa ada mohon course yang bertemuduga kat UKM untuk pilihan 1 dengan 2 pun macam alamak nervous aaa dapat ke tak nihh *eceee gitew*
Ni dah bukak laman web UKM ni dah nervous ni nak masukkan nombor IC . Doa banyak banyak harap adalah lekat walaupun satu >< . Lepastu *jeng jenggg jenggggg*
Sarjana Muda Sains Citra UKM
Sarjana Muda Dietetik UKM
Alhamdullillahhh syukurrrr . Miraa dapat dua dua course bertemuduga yang miraa mintak pehhh tak percaya weh budak noob ni dapat.T_T . Dapat tak dapat tu lain cerita lah , terpilih nak interview tu pun dah fuhhh~ Takpe gais, nanti miraa bagi tips untuk yang nak mohon course masa isi UPU nanti heheeh. Anyway, miraa dapat interview dekat dua kampus UKM . Satu yang dekat Bangi dan satu lagi dekat KL .
Untuk entry kali ni, miraa nak cerita pasal interview *shortly called-iv* dekat UKM Bangi untuk course Sarjana Muda Sains Citra atau mudahnya SMSC .SMSC ni course yang masih ada bau baby lagi dekat UKM *HAGSHHSGHA hiperbola siot* . Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh ke SINI . Tapi nak mudahkan cerita , course ni menumpu kepada kebolehpasaran graduan ke industri lah . Senang cerita, korang boleh pilih mana mana dua fakulti untuk korang study based on minat dan belajar selama 2 tahun lepastu nanti buat internship kat mana mana sama ada dalam atau luar negara selama 2 tahun . Kira belajar 2 tahun,intern 2 tahun. So, pengalaman korang akan lebih luas and peluang korang nak bekerja kelak lagi cerah lah agitewww .
Dah cerita pasal tu panjang pulak muqadimmah perempuan ni hihhh . 25/5 /2019(Sabtu) - Pukul 8.00 miraa dah gerak dari rumah nak ke UKM Bangi . Iv masatu pukul 9.40 pagi . Jarak dari Puchong sampai ke Bangi tak jauh sangat pun . Dalam 30 minit dah sampai . AHHAHAH mangatt weiii mira sampai tak ramai orang lagi . Sempatla duduk dalam kereta tu ada si Acap teman borak tolong tenang kan * tolong buat lagi nervous to be exact* Bila dah nak pukul 9.40 tu,miraa pun keluar dari kereta nak daftar bagai ikut dokumen yang dia suruh bawak tu . Dapatla sticker untuk bilik temuduga bagai tu .
Sementara menunggu ada lah jugak cuba berborak dengan orang kan . Sumpah weh aku cakap tak ramai pun orang lol . Maybe sebab course ni baru lagi so tak ramai orang tahu . Lelaki sejemput je kalau nak over boleh cakap bilangan dia macam rambut Hagemaru KAHKAH. Rata - rata miraa tanya semua datang dari jauh . Dari Perak, Kedah ,Melaka haa miraa tak sempat pulak tanya takde orang dari Selangor ke? hek hek . Tak lama lepastu kena panggil dekat ruang apantah untuk buat peta minda .APA? PETA MINDA??! ya rakan rakan , kena buat peta minda lol . Soalan dia ' Sila nyatakan apakah kerjaya impian anda selepas anda tamat kursus SMSC(mira pendekkan je) dalam bentuk peta minda . Anda bebas membuat apa jenis peta minda/i-think '. Haa bunyi dia lebih kurang gitu . Ada pensel warna ,pembaris bagai wei disediakan .
Lepas 30 minit buat peta minda tu, kitorang dipanggil masuk ke bilik temuduga .Masatu miraa kena temuduga dalam kumpulan . Ada 5 orang semuanya dengan pelbagai latar belakang . Ada 4 orang penemuduga dalam bilik tu . Alhamdullillah mesra lah juga semuanya boleh santai santai jugak hehehe . Miraa iv dalam both BM-BI . Ada sorang interviewer tu dia kena speaking sikit sebab nak test skill . Soalan pertama,kenalkan diri . Okay ni bolehlah confident tersengih comel je *uhuk* . Gelak gelak jugak alalala bahagianyaaaa. Soalan kedua, terangkan pasal peta minda yang kitorang buat tadi . Gulp . Takut kejap nak cakap sebab dorang punya isi semua lain lain lol . Miraa jawabla miraa nampak masa depan miraa lepas habis course ni nanti sama ada as pengusaha tadika, fashion designer, pegawai , atau apantah lagi satu lupa dah HAHA . Masatu dah cuak sebab dah dapat soalan kena serang dengan interviewer *dush dush dush* .
Soalan ketiga, ni dah masuk soalan KBAT sikit . Dia tanya pasal ' Punca fenomena pengganguran dalam kalangan graduan di Malaysia ' . Panjang sebenarnya soalan dia macam soalan nak buat karangan SPM dulu . Tapi, miraa tak nampak dah semua tu ,nampak keyword dia je HAHA.Time ni semua bebas nak bagi pandangan masing-masing . Nak elaborate ke, nak bangkang, nak songkong haa lantak kamuuuuu . Anda berhak nak melontarkan pandangan anda . YAAA TIME NI LAA ANDA PERLU GORENG SEBAGAIMANA ANDA GORENG ISI MASA JAWAB SPM HAGSHGHAGSH . takpe, miraa goreng tak hangus pun ,hampir hangus terus angkat :p
Soalan last sekali , masih dalam topik yang sama which is pengganguran . Tapi kalini dia tanya betul ke pengganguran yang berlaku ni disebabkan oleh graduan sendiri yang tidak menguasai bahasa selain bahasa yang biasa dituturkan di rumah dan faktor sikap graduan sendiri . Haaa ni macam dia dah sediakan isi tapi kita kena elaborate kenapa ? contoh? blablabla . Ni pun bolehlaa goreng sikit sebab soalan ni macam pengetahuan am kan hek hek hek .
Lepas kena serang dengan soalan tu semua , yeayyy . Habis lah . Kitorang boleh keluar . Masatu sempatla salam dengan one and only interviewer perempuan *yang speaking tu haa* . Jalan keluar sekali pulak wei mak oiii macam dah kenal lama ghahaha . Ada lah borak sikit hehe . Masa keluar tu, baru nampak laa ramai rupanya tengah tunggu lagi . Masatu diorang tengah buat mind map yang miraa kena buat tadi .
Dah habis tu apalagi, berjimba lah gue bersama Acap yang dah mereput tunggu gue habis iv . Sempatla kitorang pusing around UKM tu fuhh besar weh ni kalau jalan kaki tiap hari boleh jadi miss universe body korang weii *over lagi* . Lepastu gambar sikit buat kenangan eceee ( padahal ni bukan first time pergi pun lol) . Dan sebab masatu baru pukul 11 lebih ,
ehek ,peace sikit :p
sebab acap dah hantar kita pergi iv, miraa pun belanja lah dia ayam kepci salted egg crunch tu haa untuk berbuka :p haaa kenyang tak tu?
p/s ; interview ni dijalankan untuk intake 2019/2020 . Jadi , mungkin yang akan datang soalan dia lain ? apa apa pun, make sure korang prepare okay ? kalau dapat soalan mengejut, GORENG laa apa lagi AHAAHAH *tapi jangan sampai hangus weii* update (31/7/2019) : Miraa berjaya ditawarkan untuk program SMSC :D sedih jap tak dapat dietetik em . Apa apa pun alhamdullillah syukurrrrr Memandangkan entry ni tiba tiba dapat high traffic (mungkin untuk rujukan adik-adik yang nak tahu lebih pasal course ni) boleh dm di ig ( @nabihahamiraa_ ) atau twitter ( @nabihahamira_ ) :) Label: Interview, Pengalaman Temuduga, Sarjana Muda Sains Citra, Temuduga, UKM |