Nabihah Amira

Nabihah

Hai Welcome Here


" call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ "

We can chatting here


Read here for more
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story
mana arah tuju lepas PT3 ?
PT3 already over
Selamat Hari Raya
2 0 1 4
Last Day of school *sadness
Majlis Hi Tea Lembaga Pengawas SMKPP 2014 at Nyony...
Kem Ibadah at Kampung Jijan , Nilai




Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
Rabu, 17 April 2019 | 12:02 PG | 15Comment

  Hi everyone ! lamanyaaa tak post . So,11/4/2019 (Thursday) was officially my last paper & i became the alumni of KMPh for 2018/2019 session . Before i start, tahniah korang sebab dapat sambung dekat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) hehe i swear KMPh was one of the best matrics among all matrics 💓 In this post , i will tell u guys about my experience for about 10 months kat sini and a little important things that u guys should know about matrics especially for new students 

  Before that i'm not really sure about the other module maybe boleh bagitau sikit information je cause miraa student pure science Modul 1 PST :D 

  First and foremost the thing yang agak vital to know masa first day or first week kat sini mestilah procedure yang korang kena settle kan such as bilik , kad matriks and other important documents yang penting . Mira nasihatkan mereka yang duduk jauh untuk gerak awal okay untuk elakkan kesesakan yang teramat sangat *dah nama pun first day shgaghhagh* masa ni korang akan nampak all sorts of no plat dari pelbagai negeri masuk ke KMPh . Mira from Selangor so masa tu miraa gerak lepas subuh haghahg weh punya nervous dooo . Jangan lupa bawak document yang korang dah print from laman web kemasukan ke matrikulasi tu yaaaa penting tau . Kalau korang terima tawaran secara online dan sahkan kemasukan , korang akan dapat blok dan nombor bilik jugak . Masa mira sahkan , miraa dapat blok A2 , tingkat 2 , bilik 12 . so nombor bilik korang akan jadi A2.T2.12 *cantik en nombor bilik mira ehek *

bilik mira lepas kemas nak balik cuti sem lol

view dari tingkap bilik mira 

 Dekat KMPh ada 3 blok utama which is blok A,B dan C . Setiap blok ada dua bangunan which is A1,A2,B1,B2,C1 and C2 . Blok B adalah blok lelaki dan Blok A & C adalah blok perempuan . Blok paling jauh dari bangunan tutorial , cubical (bilik guru) , padang, surau dan ATM adalah blok A *GELAK JAHAT  . But guys chill lah xD blok kita paling dekat dengan tasik and library . Takpela exercise sikit je gahagaga. Tentang cafe jangan risau okiee jikalau anda kelaparan sesungguhnya setiap blok ada cafe hehe and bagi mira cafe yang paling sedap adalah cafe C and cafe A *yumzzzzzz* Back to procedure 1st day , haaa after sampai kat blok yang dah ditetapkan tu settlekan document kemasukan semua at each foyer kat blok masing masing, dapat kunci semua bolehla punggah barang barang masuk bilik yehaa. Settle semua tu , korang kena pergi tangkap gambar untuk kad matriks dekat library pulak haa jangan risau panas ke apa okay library KMPh ni ber-air-cond- heh . Pastu settle lah haaa tunggu arahan dari pembantu pelajar pulak kena buat aktiviti apa masa orientasi korang .

Pembelajaran 

  Okay now kita move to program yang korang ambil sepanjang 10 bulan dekat matrik ni . Untuk yang mohon sains and ditawarkan jurusan sains , ada dua program which is Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT)  . Untuk jurusan sains, ada tiga modul . modul 1 ( pure science yang ambil subject Math,Bio,Chem & Phy) ,Modul 2 ( science physical yang ambil subject Math,Chem,Phy & S.Comp) dan Modul 3 ( science hayat yang ambil subject Math,Chem,Bio & S.Comp). Tentang kemungkinan korang dapat modul mana itu depends pada result SPM korang jugak . In case if korang dapat mana mana modul and korang rasa nak tukar pun boleh . Tapi bergantung jugak result SPM korang sama ada dapat atau tidak . Ada jugak dari jurusan sains tukar kepada perakaunan yang mana korang akan belajar empat subject utama ; Perakaunan,Ekonomi,Perniagaan and Math . 
p/s : sebelum mintak tukar jurusan, korang akan diberi masa seminggu untuk experience belajar dalam jurusan yang korang dapat tu dulu haa in case kalau berubah fikiran taknak tukar ke gahaghaga

 Kelas macamana? untuk batch mira,  PST modul 1 ada 7 kuliah dan 32 praktikum. Praktikum tu macam kelas lah tapi masuk matrik dia upgrade sikit panggil praktikum *cehh * . Satu kuliah ada 4-5 praktikum . Korang gabung ni time ada kuliah je . Time tutorial ikut lah praktikum masing masing based on jadual . Contoh macam kelas mira 7M1S31 yang membawa maksud Kuliah 7, Modul 1 Setahun ( M1S), praktikum/kelas ke 31 . Haa yaa nampak macam miraa kelas 2nd last kan eh no gaissss ni bukan sekolah tau ada hierarki kepandaian kelas depan kelas belakang . Kat matriks ni semua sama je tak kira lah kalau korang praktikum terakhir pun . Ramai je kawan mira dapat 4 flat *dulu awal awal pun mira ingat mira ni kategori kelas belakang HAHAH* Dalam kuliah 7 ada 4 praktikum which is kelas 29 sehingga 32 . Lain pulak dengan Kuliah 1 haa tu ada kelas 1-5 . So depend lah Kuliah korang tu ada berapa kelas . Masa ni lah korang boleh mintak classmate korang ajarkan in case kalau tak faham sebab semua pelajar pandai ke kurang ke dicampur je haa yang species genius dalam class korang tulah akan jadi mangsa suruh ajarkan selalunya lol .

classmates❤ 

kelas kami ada 19 orang tapi biasala mesti ada seketul dua takde 

 Empat subject tu je ke ? Ohhhh tidakkk anak anak,  korang juga akan ambil subject tambahan untuk cukupkan kredit yaaa tapi ikutlah kuliah korang ambil subject tu sem 1 atau sem 2 . Subjek tambahan tu senang jee semua and paling penting tak masuk pun dalam kiraan pointer korang nanti . Subject tambahan yang semua orang wajib ambil adalah Pengajian Am , Kokorikulum, Pendidikan Islam/Moral dan English (juga untuk preparation ambil MUET) . Bagi subject English, untuk sem 1 korang akan belajar english more untuk teknik menjawab untuk MUET nanti . Apa tu MUET? haa biasanya yang sambung matriks kan nak sambung degree lepas habis? jadiiii MUET ni penting tau wajib ambil untuk sambung degree. Sem 1 jela MUET tu in case kalau dapat result MUET korang tak dapat band yang korang target korang boleh mintak repeat . English sem 2 korang kena buat group project pulak haa biasanya more to contribution with community atau research .


view dari bilik bahasa masa waktu english . Ya semua sebelah kolej kita ada ladang solar wew  


Ni masa english project group mira untuk sem 2 . Kitorang buat social experiment about the effect of playing bubble to reduce stress level among students . Its a SUCCESS GUYS GAHAHH 


 Untuk subjek tambahan yang lain , in case kalau korang kena amik subjek KOKO masa sem 1, maknanya sem 2 korang akan ambil subjek Pengajian Am dan PAI . vice versa kalau korang dapat KOKO sem 2 so sem 1 kena ambil subjek Pengajian Am dan PAI . Biasanya subjek tambahan ni korang kena buat assignment je untuk pemarkahan .  Cakap pasal assignment, make sure assignment hantar tepat pada masa dengan jawapan yang betul juga yaaaa. Assignment ni la yang banyak tolong untuk final . Kalau tak faham atau nak suruh lecturer korang check pun boleh tapi mesti sebelum tarikh submit lah ,lagi lagi empat subjek utama yang dikira dalam pointer tu. Assignment tu 40% dari markah pointer untuk sesuatu subject weii banyak tuuu. Let say korang score full mark untuk assignment which is 40% . Maknanya nanti time final exam korang tinggal score lagi 40%-60% je untuk dapat A . senang kan ? *senang ke?*

experiment bio dalam lab  



 
eksperimen chemist 


  Lecturer macam mana? HAA I TELL U GAIS EH lecturer kat KMPh ni semua berdedikasi garang sikit je ehek kalau dapat yang garang banyak tu jangan sedih dia garang dalam kelas je luar kelas baik macam bidadari *heh pandai kau cakap eh miraa* . Tapi from my experience, semua lecturer miraa baik jee hee garang pun lecturer physic je sampai nangis weiiii akuuuuu HGAHGSGHAGSH *tak tak ,ni betul serious aku nangis * tapi garang dia tu buahkan hasil tau hehe end up untuk subject dia miraa dapat pointer 4.0 atau senang kira dapat A lah subject tu (tu untuk sem 1 lah sem 2 tak keluar lagi result)

tutorial class subject bio  

Outing? Transportation? Balik bermalam?

 Benda ni miraa baru terfikir lepas ada junior miraa dm miraa tanya pasal transport nak pergi kmph tadi ngeh ngeh so miraa rasa benda ni pun penting kot kena tahu . Tentang outing yess semuaaaa seperti yang korang dengar outing budak matriks ni hari sabtu ahad je HAHAHHHA tu pun ada giliran untuk lelaki & perempuan *WHAT?!* ya semua ada giliran dan tak bercampur ya. But still kita lucky tau outing tak payah pakai baju kolej sebab ada matriks yang outing pakai baju kolej k, instead you guys boleh pakai baju bebas tapi baju bebaas pun seluar jeans baju ketat ketat memang haram lah hahahh kalau tak, nak keluar pagar kena tahan dengan Giva and GAnnGG WOOOoooooOOO lol .

 Outing biasanya student akan outing Taman Tas atau ke bandar . Taman Tas ni dekat sikit tapi tak dekat sangat *kau nak cakap apa ceton?* . Biasa pergi taman tas takat nak cari barang makan ,sabun cuci baju ,craving kfc atau nak merasa makan nasi kukus my mama tu bolehla. Kalau nafsu tu besar nak berbelanja tu *lelagi lepas dapat elaun -emoji-muka-bulan-* ha pergilah bandar okay kat bandar ada mall sebelah sebelah je . ECM/KCM jalan kaki je okehh nak pergi dua mall tu . Ada Kaison,Diy,Daiso,Big Apple hm banyakla nak senarai .KOrang bayang laaa duit mengalir macam air terjun wei gi bandar lelagi nafsu shopping cam aku ni HGHSHHA BahAYAAAAAAA.

 Outing naik apa? biasanya kalau nak jimat naik rapid je . Dalam 4 ringgit tambang sehala . Kalau korang malas tunggu bas and dekat bus stand tu ramai,* biasanya dengan member naik grab je* . Jumlah tambang naik grab ke bandar biasanya 38-40++ sebabtu digalakkan pergi berjemaah nak pergi sorang nazak weiiii . Nak pergi bandar, Taman Tas atau UMP (Universiti Malaysia Pahang) korang naik je rapid yang bahagian atas tu tulis ke Gambang Resort-Hentian Bandar *nombor bas tak ingat*. Kalau korang nak berjimba dengan member pergi Gambang waterpark naiklah bas dari Hentian Bandar-Gambang Resort .

 Kalau waktu balik bermalam pulak in case kalau nak balik naik bas korang boleh beli dekat kiosk . Kiosk tu kat mana? haa kiosk tu dekat sebelah library je . dekat dengan mesin air ada kaunter comel kat situ . Pergi kaunter tu then tanya je ticket nak ke bla bla bla ada tak? Miraa tahu ticket nak balik selangor je ticket nak balik negeri lain ada jugak tapi miraa tak tahu boleh turun kat mana . Kalau nak balik selangor ada ticket ke TBS, KL sentral ,Klang sentral and Shah Alam . OH kalau cuti panjang yang mana semua pelajar WAJIB balik, ada bas yang korang boleh naik direct je dari kolej . Which mean korang tak payah pergi Terminal Kuantan atau UMP untuk naik bas balik ke negeri masing masing . Terus je naik dari kolej . Tapi ni valid time cuti panjang jelah haahgsgha *exp; Hari Raya , Raya Cina,Cuti Sem etc*


 In case kalau korang pilih untuk naik bas dari luar pun sama je. pergi kiosk , pakcik kiosk tanya nak turun mana ? naik dari mana? haa pilihlaa nak naik bas apa,pukul berapa , naik dari UMP atau TSK . Kalau UMP biasanya naik rapid turun dekat jejantas UMP then lintas jejantas ke seberang and tunggulah kat bus stop situ sampai korang menggelupur kebosanan tunggu bas datang HHAHAHA . Bas ekspres apa yang ada? hm banyakla tapi miraa pernah naik Transnasional,Jasa Pelangi & Mayang Sari je . Syarikat bas tu depend jugak dengan masa yang korang pilih nak balik tu . Macam Sani ekspres,tu tak setiap jam ada . Kalau ada pun selalunya kalau nak pergi tak sempat nak gerak dari kolej ke TSK . TSK ni best sikit . Kalau korang bosan tunggu waktu pelepasan bas , korang boleh jalan jalan area TSK . Nak pergi singgah kedai ke, cari makan ke, solat dulu ke, cari tandas dulu ke, lepak mesin urut dulu ke *HAHAH senang cerita nak habiskan urusan korang lah *

p/s : kalau nak balik bermalam selain dari tarikh yang dikeluarkan oleh HEP , korang kena buat surat tunjuk sebab kenapa nak balik bermalam tau . Hantar kat kaunter HEP untuk dapatkan pengesahan .


Facilities?

 Kmph ni maju ya gais i tell yaaa line kat matrik lagi laju dari rumah mira HAHAHHHA . Typical college lah kan mesti lah ada few facilities untuk keselesaan students. Apa yang ada ? Ada mesin coffee, vending machine , SO MANY CHAIRS AND TABLE for studies and discussion purpose, ATM *tapi jauh kat pintu masuk 😒 , cafe , air-conditioned library , mini mart, kiosk & kedai alat tulis , wifi*???* valid kat library je sekarang,surau , dewan, padang , astaka , tasik (ada kayak & camp site lagi)  hm apa lagi ?

 So sesungguhnya matrik ni taklah hutan sangat macam yang miraa imagine dulu . Ya sekali masuk masa otw dalam hati macam *hutan mana pulak aku nak tinggal ni* but hey, belakang kmph ada asasi uia , kolej komuniti , sebelah matrik ada ladang solar , kira kira 5 minit dari kolej ada gambang waterpark . So not that bad pun 😂 Yeah kecuali belakang tasik lah ha tu betul hutan .


view belakang tu blok B dan cubical (bilik guru)


kemudahan dobi disediakan kat setiap blok dengan harga RM 4.00 SYILINGGG HAHAHHAAHHA *boleh tukar duit syiling kat double A


view dari surau lepas subuh  😍

sebelah jalan ni ada padang walaupun mira rasa nampak jalan je HAHHAAHHA 


ini bangunan dewan kuliah . Kat sinilah korang dengan praktikum lain yang sekuliah dengan korang belajar . Kat sini lecture je buat latihan bagai tu biasa waktu tutorial  

ni bangunan library . Ha jangan memain bangunan library ni besar weh . Library je 2 tingkat . Bilik bahasa , bilik komputer semua dalam bangunan ni  

 surau al-mutaqqin❤  surau ni pun maju ada mesin air coway lagi HAHHAA selalu mira bawak botol kosong nak isi air sejuk kat surau lol
tasik kmph . Haa tak semua matriks ada tasik siap dengan trek laluan pejalan kaki and camping site . Biasanya setiap tahun akan ada acara tahunan pertandingan kawad kaki bla bla peringkat kebangsaan semua tu and matriks pahang akan jadi tuan rumah . Time ni peserta yang join tu akan berkhemah kat camping site tu . Masa ni lah korang kena grab peluang untuk terlibat sebab dapat markah kebangsaan wehhhhhhhh  



student centre . pusat tumpuan student ni haa . discussion, study group, lepak saje saje haa memang one of the place yang ramai student kat sini . Mini mart and double A (kedai alat tulis) kat sini jugak 

 Miraa rasa thats all haha *aku yang menaip pun dah penat phew* ni lagi korang yang baca . Lastly, papehal goodluck okay guys ❤ matriks ni tak susah pun sebenarnya kalau kita pandai manage masa . Kat matrik ni lah korang belajar banyak benda baru ehehe . i mean u learn a lot in a short peiod of time kotttt so u guys hebatt tau . Time ni lah kenal kawan baru , jaga hubungan dengan semua orang okay ? create memories dengan kawan kawan . And paling penting bila rasa down sangat sampai rasa nak quit matrik pls pesan pada diri that u actually can survive. Mira survived apa duduk sini HAHA siap rindu lagi zaman matrik 😂 penat belajar, stay up sampai nak subuh sebab study yee susah tau mental kena kuat tapi believe me , penat belajar tu banyak mengajar kita . And you guys belajar banyak dari semua tu . Enjoy study and jaga kesihatan jugak :) jangan tinggal solat and baca quran . Bila mana korang rasa down yang teramat call ibu ayah and berdoa lah . Insyaalla dipermudahkan . I remembered that my life was so hectic masa sem 1 . Asyik nangis sebab down je . Masa nilah baru nak ingat tuhan HADOII . Tapi alhamdullillah masuk sem 2 jiwa lebih tenang hati lebih senang *eh?* hahaha . Till we meet in the next post :)

xoxo,
Nabihah Amira

Label: ,