Nabihah Amira

Nabihah

Hai Welcome Here


" call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ "

We can chatting here


Read here for more
Living My 2 Decades of Life
Life in UKM after a semester
Pengalaman interview Sarjana Muda Sains Citra UKM ...
Midnight tought
Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story
mana arah tuju lepas PT3 ?
PT3 already over




5 Things You Need to Know About Sains Citra UKM
Jumaat, 3 April 2020 | 11:46 PTG | 2Comment

 Assalamualaikum and hai guysssss :) Its day-(idk tak ingat dah i got no idea) of quarantine. LOL . Yes sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah dengan cuti dan waktu makan minum tidur dan movie, seketul Nabihah Amira dah mengembang dengan jayanya semorang HAHA. *Tulah kau masa ada kelas asyik merungut malas nak pergi sekarang cuba teka siapa merengek tobat nak pergi kelas wkwkkwk*

 Sebab tahap kereputan miraa dah sampai tahap sangat tak produktif so terajin lah pulak nak update kat blog en pasal course yang mira belajar kat UKM sekarang which is Sarjana Muda Sains Citra. Ya sejak budak budak lepasan pra-uni kena isi UPU ni makin tinggi pulak traffic carian untuk itu. So ni ada lah sedikit perkara yang miraa nak kongsi pasal kursus ni haa manatau terjawab curious apa bestnya kan course ni HAHA 

Disclaimer : Apa yang ditulis adalah berdasarkan pendapat dan pandangan peribadi penulis. Kalau anda tak setuju, mungkin pendapat kita berbeza atau pengalaman yang dilalui adalah berbeza. Hehe 

1. Kursus ni ada Interview 

Macam remeh kan haaa yes gais kursus ni ada temuduga ya! Kebanyakan kemasukan ke universiti sekarang dah ada temuduga dah hehe. Kenapa? Nak uji communication skill dan nak lihat sejauh mana kalian bersungguh nak sambung kursus tu. Tanya apa je? Buat apa je masa Temuduga? Macamana nak temuduga kalau taktahu kursus ni pasal apa? haa sebab tu penting kena study dulu kursus ni pasal apa sebelum temuduga ye dok. Kalau tak macamana penemuduga tu nak amik korang masuk kursus ni? hehe untuk pengalaman miraa temuduga boleh tekan SINI

2. Kena Tahu Nak Jadi Apa Lepas Graduate

Korang mesti aware kan dengan konsep pembelajaran citra yang 2u2i atau 3u1i? haa apetu? 2u2i tu maksudnya 2 tahun universiti 2 tahun industri dan 3 tahun univesiti 1 tahun universiti. Berapa tahun kat universiti tu bergantung pada bidang penumpuan yang korang amik. Kebanyakan student citra ambil 3u1i sebab tak terlalu rushing nak habiskan kredit pembelajaran di universiti sebelum ke industri.

Jadi apa kena mengena tempoh kat universiti dengan nak jadi apa? Haaa cenni, bila korang dah apply course ni dengan tujuan dan matlamat yang jitu eceee kononnya dah tahu nak jadi apa, lagi senang untuk korang plan subjek apa nak amik. Bila lagi senang, boleh la nak tentukan cepat ke lambat korang nak masuk industri. Sedikit fakta nak selit, agak susah nak buat 2u2i atau tempoh 2 tahun kat universiti ni sebab banyakkkkkkkk kredit jam yang korang kena kejar. Lagi lagi kalau ada amik subjek kat fakulti yang require korang untuk amik jam kredit sebanyak sekian-sekian. Nazak weh nak habiskan. Unless kalau kau lepasan diploma. Boleh try transfer kredit, Tapi boleh transfer kredit tak semestinya lepas ya nak transfer tu. Dia akan tengok jugak courseline subjek diploma tu. Lagi satu cara, korang boleh mintak untuk tambah kredit. Satu semester biasanya maksimum ambil subjek sampai 20 kredit je. Kalau nak habis cepat, boleh mintak nak tambah kredit tapi mestilah ada syaratnya kan haaa.

Untuk tahu nak jadi apa jugak lepas graduate, korang kena tahu jugak fakulti mana korang nak ambil nanti untuk bidang penumpuan. Sebagai contoh, currently miraa nak ambil subjek dari fakulti Sains Teknologi pasal food science dan lagi satu dari fakulti Ekonomi & Perancangan pulak mira amik subejct berkaitan management sahaja. So berdasarkan dua bidang tu miraa boleh fikir lepas grad nak jadi apa haaa gitu. Jangan risau ya kalau lost tu, setiap pelajar akan ada sorang mentor untuk guide dan bantu korang hehe 

3. Kursus Ini Bukan Termasuk Dalam Bidang Profesional

 Dan sebagai tambahan, bidang penumpuan yang korang amik tu korang kena sangattttttt tahu yang korang takkan dapat masuk bidang profesional. Contoh, jadi doktor, peguam, doktor gigi, akauntan dan sewaktu dengannya. Kalau nak kerja dalam bidang profesional macam tu better korang ambil kursus yang memang dah menumpu nak bekerja dalam bidang tu. Citra ni unik sebab korang takkan terikat pada satu penumpuan sahaja terutama untuk seketul insan yang ada keinginan kuat pada bidang bidang yang lain. Citra juga mengajar kau untuk jadi seorang graduan yang penuh dengan skill dan bukan A pada teori je. 

Habis tu kau boleh jadi apa je? wartawan, penulis, eksekutif dan macam macam kerja lagi yang kau boleh jadi berdasarkan bidang penumpuan kau. Mungkin, boleh cipta satu profesion yang belum ada lagi dalam Malaysia ni. Preferable, kerja yang melibatkan keusahawanan, industri 4.0 atau IoT Bahasa mudahnya, luar kotak .

4. SociaL Requirement

 Ini agak kelakar lah. Kenapa kena jadi sosial? maksud miraa bukanlah korang jadi liar ya LOL. Maksud miraa is jadi seorang yang peramah dan mudah adapt walau dimana pun korang dicampak. Kenapa? untuk pengetahuan kalian, kursus ni takde fakulti. The only bangunan kita adalah di Pusat Pengajian Citra UKM which is the base for this course. Kat situ ada bilik pensyarah Citra dan bilik mesyuarat je xD habistu belajar kat mana? korang akan belajar merata ya. ya kasarnya korang akan merempat kat fakulti lain HAHA. macam sedih kan? jangan rasa down gais. Anggap tu keunikan korang as pelajar Citra. Kebaikanyya, korang akan kenal ramai orang dari fakulti berbeza, tahun berbeza dan buat group dengan mereka. Korang tak terikat untuk kenal kawan-kawan satu kursus atau kelas je. Inilah uniknya.

 First time miraa masuk kelas dulu macam culture shock gila weh. Dahla baru first year, first sem, ambil subject pun tak semua sama dengan coursemate yang lain. Kalau dapat satu subjek yang sama tu syukur gila do. Kalau tak? Pandai pandai survive. Bestnya, korang dapat explore fakulti-fakulti lain yang ada kat UKM. Selain itu, korang dapat belajar shortcut nak ke kelas-kelas ni memandangkan fakulti korang merata, lepastu ada satu hari ni kelas tiberrr berturut takde gap en haa time ni la korang belajar survival not to arrive late at class HAHAHHA.  Dan, korang akan dapat ramai kawan baru dan hadap macam-macam perangai orang (tu biasa) . Tips survive assignment grouping : Make sure ada senior dalam group korang kalau taknak lost lelagi masa first sem.

5. Your Mentor Will Be Your Second Parents

Ah sudahh apahal tiber dapat parent baru ke? Eh takk gaisss HAHA. Kalau korang biasa dengan program mentor mentee masa kat sekolah dulu, mungkin korang akan biasa dengan program mentor mentee under citra. Setiap pelajar akan di-assign kepada seorang pensyarah Citra untuk guide korang sepanjang tempoh pengajian 4 tahun ni. Apa yang bestnya? best sebab untuk pengetahuan, pelajar Citra adalah antara pelajar yang paling rapat dengan mentor masing-masing. Kenapa? sebab jumlah pelajar yang tak ramai untuk seorang pensyarah, korang akan jumpa dia lagi kerap dari pelajar fakulti lain untuk bincang pasal bidang penumpuan. Mentor miraa baik sangat sangat *nak nangis rasa rindu rumah setiap kali jumpa dia* terubat rindu kat ibu HAHA. Mentor korang sangat responsible untuk guide korang on each and every decision korang buat untuk penumpuan. Yelah pasal future kot hahahsgha

 Always there to help. Tak jumpa ftf pun, tetap always contact through whatsapp :p Kalau pergi jumpa dia je mesti bagi makan HAHAHAHH. Sometimes ajak lunch sama-sama jugak. Tapi tengok jugak mentor korang busy macam mana. Ada yang sampai susah nak jumpa walaupun sekali satu semester. So miraa agak grateful gila la dengan mentor miraa yang super lovable and caring sobs sobs. But trust me, your mentor will be there to guide you selagi dia mampu :) 

Harapan miraa is that our next cohor takdela blur sangat macam kami yang first dan second cohort ni. And hopefully tak berulang lah kesilapan yang kami buat dulu. Banyak kekurangan yang kami face as a new course. Slowly but surely, pihak pengurusan dan pelajar sendiri cuba untuk perbaiki dan asah kekurangan yang ada dengan kelebihan yang lebih baik dan tunjukkan pada semua apa yang pelajar citra ni mampu untuk sumbang pada universiti dan masyarakat insyaallah.

So enough with this part dulu. Banyak nak sambung tapi miraa penat nak menaip pepanjang haa engkorang pun mesti bosan en baca pepanjang. So untuk sambungan mira akan letak link nanti okay :p Till then, bye everyone !



Label: , ,