Nabihah Amira

Nabihah

Hai Welcome Here


" call me miraa . I'm 22 and i write what i like ❤ "

We can chatting here


Read here for more
5 Things You Need to Know About Sains Citra UKM
Living My 2 Decades of Life
Life in UKM after a semester
Pengalaman interview Sarjana Muda Sains Citra UKM ...
Midnight tought
Guide untuk pelajar baru di Kolej Matrikulasi Pahang
College Life ?
Hello pretty people
New Year , New Story
mana arah tuju lepas PT3 ?




Just an Update *i'm still alive uhuk*
Selasa, 19 Mei 2020 | 12:31 PG | 0Comment

Hai Assalamualaikum gaiss :D hm dah lama tak update. Saja ziarah blog ni nak lari kejap dari assignment hehe. Sejak dah start kelas online ni busy yakmattt wehh dengan line internet yang agak menguji lepastu assignment yang menimbun memandangkan final exam dah ditukar ke 'continuos assesment'

 Harini dah genap 2 bulan ya kita kena kuarantin hahaha aih penat tapi seronok tapi frust :( em frust la tak dapat keluar macam dulu * tapi sekarang keluar jugak cuma keluar bila ada keperluan aaa gituu*. Hari ni jugak miraa banyak dapat dm dari orang yang berminat dengan kursus yang miraa ambik ni. Pelik gak dah apasal meriah semacam dm aku harini hahsshhsh. Rupanya keputusan temuduga ke ipta dah keluar haaa patutla macam tiberrr ramai stranger dm *cehh acah siot kau pikir kau siapa mira?* 

So dari dm-dm tu dapatla tahu iv intake baru untuk kursus miraa (SMSC) ni pada 30/6 nanti. taktahu lah kan yang lain sebab miraa dapat tahu dari sorang je hek. Dengar cerita juga untuk intake kalini pihak pengurusan lebih strict dalam memilih pelajar yang dapat interview and semestinya mereka yang diterima pun mesti sikit lagi daripada batch kitorang yang dah sedia sikit ni *LOL 

Apa-apa pun selamat berjaya lah untuk mereka yang akan di iv secara online tu yaa :D semoga dipermudahkan haa dari segi line coverage, environment etc. 

Dah enough pasal tu, balik-balik tulis pasal course aku je kan penat juga baca *ada ke orang baca masalahnya?* nak rant pasal online class yang sangat memenatkan ni T_T penatnyaaa wehhhh. miraa penat dengan line ah banyak HAHAHA yelah bayangkan tugasan nak buat laporan kajian bagai tu nak cari rujukan online sangat sendu lagi sedih ya. Tertonggeng jugakla buat tu pfft. Assignment yang paling best buat video lah sebab dia macam rilek and miraa pun enjoy je buat. Paling takleh bla miraa siap beli tripod, stand mende bagai wehhh semata HAHAHAHA. Tunggu masa boleh jadi youtuber kot cehhh. part paling tak best of course la nak upload tu T_T em nak nanes

Tapi bila kita muhasabah balik, itulah ujian untuk menuntut ilmu. Ujian apa yang mudah kan? Ujian yang susah tulah yang janjikan kemanisan di pengakhirannya *ecewaaaah ni miraa ke?* dah kau target nak dekan setiap sem kan haa hadaplah benda tu. Inilah ujiannya. Dengan line internet, dengan kau terpaksa kongi laptop dengan adik-adik yang ada kelas juga, dengan assignment yang beratur panjang di belakang. Banyak. Sumpah tak tipu, Tapi sebab miraa ambil major pengurusan kan. Mana boleh koyak macamtu je aaaa jangan lemah ! anggap ni macam amali bagi subjek pengurusan ecee gitu bapak husnuzon dia bagus betul. 

Serious dari sini kau akan belajar untuk mengurus masa dan jadual dengan lebih baik. Setakat ni alhamdullillah lah semua tugasan yangn miraa target untuk siap sebelum raya dah banyak yang dah settle. Nak kata miraa buat kerja je? tak jugak ada je masa nak tengok tv, tolong ibu and main phone hek. Benda dia jangan banyak tangguh kerja ya. Bila dah bertimbun, sumpah tak terkejar nak siapkan menangis lah kau kat hujung dinding sana hshshs. lagipun raya nanti miraa dah malas nak buat banyak kerja sebab yela raya kan walaupun tak raya hmmmm. Lepas raya ni pun ada kerja yang tunggu lagi. Senang cerita, selagi kau tak habis sem, selagi tu kerja kau takkan habis aaa gitu.

Okay that's all. Saje nak mengadu benda remeh hehe. Insyaallah tak lama dah caiyok semua orang! alang-alang tu nak ucap selamat berpuasa and selamat hari raya in advance lah haaa miraa ni belum tentu bukak pun kang blog tu nanti walaupun dah janji macam macam nak post hek. Till then, byeeee 

xoxo,
Nabihah Amira